Tiada rekod jenayah mahupun hukuman penjara terhadap individu dalam kalangan generasi penamat (GEG) jika mereka melakukan kesalahan apabila Rang Undang-Undang (RUU) kawalan produk tembakau dan merokok 2022 ini diluluskan.<br /><br />Jelas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, hukumannya masih sama seperti peraturan sedia ada iaitu hanya kompaun maksimum RM50.
